Cabaran / halangan perniagaan e-dagang

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan. Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e-dagang ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (Majalah PC, Mei 2006). Kebaikan e-dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah dalam ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. Maklumat yang diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul. Di samping itu, e-dagang juga banyak memberikan keburukan kepada pengguna iaitu ketersampaian kadar sesuatu barang yang perkhidmatan yang digunakan ditempah.Perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet.Akan tetapi,barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna.Ini menyebabkan para penguna tidak yakin dengan e-dagang.
Dari segi kepuasan juga,turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang ini.Para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli.Pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut. Contohnya,para pengguna hanya dapat melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet. Jelaslah, e-dagang dapat menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna.Sekiranya perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna. Akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka kerugian.
Malaysia yang kini menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka akan menjadi penting bagi Negara. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Kepesatan globalisasi dalam abad ke-21 adalah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh semua negara pada masa kini. Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran ekonomi dan budaya yang berpunca dari globalisasi. Pembukaan pasaran China dan India kepada ekonomi global telah mengubah dengan nyatanya persekitaran ekonomi negara maju dan negara membangun. Secara tidak langsung, keadaan ini memberi peluang dan cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan untuk memperkembangkan perniagaannya tanpa dibatasi dengan kekangan sempadan geografi. Keusahawanan dalam era globalisasi ini sudah semestinya akan lebih mencabar di mana teknologi akan bertambah canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit dan masalah serta tuntutan pekerja juga akan bertambah kompleks.
Dunia korporat hari ini memerlukan usahawan-usahawan yang berpengetahuan dan mampu bertindak dengan baik dalam apa jua keadaan. Keusahawanan dalam era globalisasi ini lebih menekankan kepada aspek teknologi maklumat dan komunikasi serta kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi masa kini dalam keusahawanan serta kepentingan-kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada usahawan untuk membentuk satu pemasaran barangan yang dikeluarkan agar lebih berdaya maju dan menjadi produk antarabangsa yang berkualiti tinggi.
Perkataan usahawan yang mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sejak mula manusia mengetahui kepentingan hidup bermasyarakat, bidang keusahawanan telah menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dalam menuju ke arah era globalisasi, di Malaysia, rakyatnya tidak lagi boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyediakan pekerjaan. Budaya pekerjaan di Malaysia sekarang lebih mengarah kepada bekerja dengan pihak swasta atau bekerja sendiri.

Oleh itu, setiap individu perlu bijak dalam merebut peluang terutamanya dalam bidang perniagaan dengan menjadi usahawan yang berjaya dan dapat membangun dengan peredaran semasa ( Majalah PC, 2006 ). Dalam usaha mencapai matlamat dan visi syarikat, para usahawan perlu bijak mengatur langkah dan perancangan-perancangan yang strategik dalam memasar dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Para usahawan perlu mengikut arus semasa supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi sekarang. Jika para usahawan masih tidak mahu berganjak dari kedudukan sedia ada maka susah untuk para usahawan itu bersaing di peringkat global. Para usahawan tidak boleh berasa selamat dengan kedudukan syarikatnya pada waktu sekarang dengan tidak melakukan pembaharuan terhadap cara pemasaran dan penjualan produk atau perkhidmatannya. Para usahawan harus bersedia dengan pelbagai ilmu teknologi maklumat untuk bersaing di peringkat global dan mendapatkan pulangan yang lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan