Sejarah dan evolusi e-dagang

Definisi e-dagang dari sisi ahli ekonomi pula adalah merujuk kepada sesuatu alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan peniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran. Dari perspektif teknologi pula, e-dagang bermaksud penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer. E-dagang dari perspektif pemasaran pula adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui cara pengiklanan, promosi dan publisiti.
Penggunaaan terma perdagangan elektronik atau e-dagang, lebih dikenali sebagai ‘World Wide Web’ dalam kalangan usahawan semakin popular disebabkan oleh tatacara penggunaannya yang amat mudah dan juga turut melibatkan kos yang rendah, penghantaran maklumat yang cekap dan cepat dan menghubungkan pengguna di serata dunia dan secara tidak langsung turut mewujudkan sistem komunikasi secara maya. Ahli perniagaan lazimnya mentakrifkan e-dagang sebagai satu cara untuk menjana ekonomi. Hubungan yang dijalankan berasaskan e-dagang mengubah model perniagaan yang lama, dan turut mengubah hubungan antara pembeli, penjual dan orang tengah.
E-Dagang merupakan satu metodologi perniagaan yang menggunakan perantaraan elektronik untuk melakukan keseluruhan transaksi perniagaan. Pembekal dan pelanggan bertemu dalam suasana virtual atau maya untuk melakukan urusniaga dengan menggunakan teknologi Internet, digital dan lain-lain. Ini bermakna e-dagang melupuskan sempadan dan masa. Pelanggan dapat membeli-belah pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua menerusi akses kepada Internet. Kaedah ini amat selesa bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi membeli-belah atau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas atau berbaris di kaunter.
Pembekal akan mendirikan gedung maya dan mempromosikan melalui laman web. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan pengguna disenaraikan melalui laman web masing-masing. Antara cara pengiklanan adalah dengan meletakkan sepanduk elektronik secara berbayar atau pintar seperti penukaran sepanduk dengan mana-mana laman web lain.
Organisasi-organisasi lembah silikon ini biasanya akan menawarkan laman web percuma kepada pengguna Internet di mana mereka boleh memaparkan iklan sepanduk kepada pengunjung laman web tersebut. Dalam hal ini, pembeli atau pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana tapak web e-dagang dan membuat pemilihan produk dan perkhidmatan yang dikehendaki. Produk yang dipilih pasti akan sampai dalam tempoh yang ditetapkan. Konsep perniagaan ini memerlukan kepakaran teknologi maklumat yang menggabungkan teknologi komputer dan telekomunikasi telah menghasilkan kebangkitan dan perkembangan dalam industri teknologi maklumat ( Ang  Chiew Seng, 2012).
Malaysia telah muncul ke hadapan dalam bidang ini dengan munculnya Koridor Raya Multimedia (MSC). E-dagang secara drastik telah mengubah cara bagaimana perniagaan dan perdagangan dijalankan sekarang dan pada masa hadapan. Ianya dikuasai oleh maklumat (marketspace) dan amat berbeza dari ekonomi fizikal yang menjadi amalan biasa sebelum ini. Ini bermakna e-dagang secara amnya merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi melalui elektronik dan melangkau semua transaksi yang berasaskan kepada kertas. Satu aspek penting dalam menentukan kejayaan e-dagang adalah banyak bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan peniaga dan pengguna.  Kemunculan perniagaan e-dagang sebenarnya banyak didorong oleh perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu, masalah-masalah yang wujud dalam perniagaan berbentuk konvensional turut membantu perkembangan e-dagang. Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Untuk mengembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan, penyelenggaraan dan sebagainya.
Di samping itu faktor waktu juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi jika melibatkan perdangangan antarabangsa di antara negara yang berbeza zon waktunya. Ini sudah tentu merumitkan bagi mereka berurusan. e- Dagang atau kini lebih popular dengan istilah dotcom merupakan satu alat atau mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan dan produk menyelesaikan masalah ini. e-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja. Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya. Ini merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.

Kebanyakan raja perniagaan e-dagang ini bermula secara sederhana. Yahoo! Inc. contohnya sewaktu memulakan operasinya hanya mempunyai 12 orang pekerja dengan ruang pejabat yang sempit dan tidak berhawa dingin. Tetapi, dalam masa dua tahun selepas penubuhannya, ia mempunyai kakitangan di seluruh dunia dengan pendapatan bernilai berbillion-billion dollar sehingga mereka dapat menguasai kepentingan dalam Geocities, iaitu sebuah pelayan web yang terkenal dalam kalangan komunitinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan