Perniagaan
e-dagang berkembang secara meluas di seluruh pelusuk dunia seiring dengan
perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Melalui perniagaan
e-dagang, pembekal atau peniaga melantik 'agen maya' secara bebas kepada
mana-mana pemilik atau webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat
akan mengisikan borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan
dilantik menjadi agen maya setelah memasang sepanduk pembekal dalam laman
mereka. Kod sumber html sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID (pengenalan)
perujuk (pemilik laman web) di mana perujuk akan diberikan komisyen setiap kali
transaksi berlaku menerusi laman web berkenaan.
Perkara
ini akan memudahkan lagi transaksi penjualan dan pembelian yang menjimatkan
pelbagai kos. Ada juga pemilik atau webmaster laman web lain yang ditaja oleh
organisasi korporat untuk memaparkan produk dan perkhidmatan yang dibekalkan.
Pemilik atau webmaster ini biasanya terdiri daripada orang-orang yang bertaraf
professional di bidang masing-masing dan sesuai untuk mempromosikan produk dan
perkhidmatan organisasi korporat dan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang
bekerja secara rasmi dengan organisasi berkenaan, sama ada secara langsung atau
pun secara maya.
Transaksi
e-Dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli
membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit
mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan
membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk
menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak
akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui
kaedah ini ialah Secure Electronic
Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master
Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL). Selain itu,
terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang
membangunkan e-dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan
teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure)
dan sijil digital. Kaedah tunai digital membolehkan pembeli menghantar wang di
dalam talian tanpa menggunakan nombor kad kredit. Kaedah pembayaran ini
dipelopori oleh DigiCash, Net.Trader dan Cyber Cash di Amerika Syarikat. Di Malaysia kaedah ini mula
dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Apa yang perlu dilakukan
oleh pengguna ialah mengisi borang permohonan dan memilih nilai wang digital
yang mereka kehendaki. Setelah proses pembayaran kepada Jaring's Mall dilakukan
anda akan diberikan nombor rahsia yang membolehkan anda melakukan pembelian.
Salah
satu isu yang amat penting di dalam e-dagang ialah kebimbangan pengguna
terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan
transaksasi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka
serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. Namun
dengan kemunculan teknologi seperti SET, SSL serta peningkatan firewall,
pengguna tidak perlu bimbang lagi tentang keselamatan semasa melakukan
pembayaran. Teknologi SET contohnya memerlukan pembeli, penjual dan pihak bank
berdaftar dengan badan persijilan tertentu bagi mengesahkan identiti mereka
semasa melakukan urusniaga. Pengesahan ini akan dilakukan secara luar talian
seperti melalui telefon, faks dan sebagainya ( Lee Fong Yeaw, 2013 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan