Kesimpulan

Secara keseluruhannya, konsep perniagaan e-dagang telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam dunia perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Perniagaan yang berlandaskan kepada perkembangan pesat dalam industri teknologi maklumat ini telah memberikan impak yang cukup baik terhadap perkembangan pesat dalam bidang perniagaan. Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun untuk berkembang. Bersama-sama industri IT ini adalah perdagangan elektronik atau e-dagang yang memberi impak cukup besar dalam bidang perniagaan. Organisasi gergasi antarabangsa terutamanya yang berada di lembah silikon telah mencatat pulangan berbilion dollar melalui e-dagang.

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini,  ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. Usahawan harus bersedia mengikut rentak ekonomi masa kini, jika para usahawan itu ingin mendahului pesaing pada masa depan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja akan menentukan survival usahawan dalam dunia perniagaan pada alaf milenium kini. Seharusnya para usahawan bersedia selengkapnya dalam menghadapi perubahan dunia perniagaan yang memasuki era globalisasi di samping perubahan daripada peningkatan dalam industri yang rata-rata berasaskan teknologi maklumat. Semakin hari semakin banyak produk melimpahi pasaran, jadi pengeluar berkehendakkan suatu pendekatan yang tangkas bagi memenuhi sasaran pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan