Di
Malaysia pula e-dagang ternyata menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Pada tahun 1998 jumlah transaksi perniagaan melalui e-dagang ialah sebanyak
US$15 juta iaitu hampir 50% daripada perolehan di Amerika Syarikat pada tahun
yang sama. Ia meningkat kepada US$46 juta pada 1999 dan pada tahun 2003
pendapatan e-dagang dijangka mencecah US$1560 juta. E-dagang meliputi enam
sektor perniagaan yang utama iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang
profesional, peruncitan dan pelancongan. Kesemua sektor menyumbangkan
pertumbuhan yang ketara terhadap perdagangan melalui talian. Pendapatan E-dagang
dalam sektor pengiklanan mencecah US$1.3 billion pada tahun 1998.
Aset
yang diniagakan menerusi talian oleh broker ialah US$420 bilion. Dalam bidang
pendidikan, bilangan penuntut jarak jauh ialah 120 ribu pada tahun 1997 dan
meningkat kepada 710 ribu pada tahun 1998. Sementara itu penggunaan
teleperubatan meningkat kepada 300% dan lebih 3 juta orang mendapat manfaat
daripada kemudahan tersebut. Sementara itu, bagi sektor kewangan pembelian
aplikasi perbankan bernilai US$93 juta pada tahun 1998 dan peningkatannya
dijangka sebanyak US$326 juta pada tahun ini. Bagi sektor pelancongan, tempahan
tiket yang diperolehi melalui Internet pada tahun 1997 hanyalah US$100 juta
tetapi ia dijangka meningkat kepada US$3.1 billion pada tahun 2002.
Ini
ialah berikutan keyakinan orang ramai yang semakin meningkat terhadap
keselamatan dan keberkesanan urusniaga melalui talian. Pengguna yang akan
merancang perjalanan menggunakan Internet dijangka meningkat daripada 3.1 juta
kepada 11.7 juta. Kemunculan e-dagang merupakan satu prospek yang pintar dan
menguntungkan para usahawan. Ini kerana berdasarkan saiz pertumbuhannya e-dagang
akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama pada masa hadapan. Perkembangan
semasa menunjukkan masyarakat semakin peka terhadap K-Ekonomi dan arus
globalisasi. Kesan ini mungkin tidak begitu dirasakan di Malaysia tetapi di
negara-negara maju, ianya telah menjadi trend masyarakat di sana untuk
melakukan pembelian online ( Ang Chiew Seng, 2012 ).
Terdapat
beberapa faktor yang mana ia boleh membantu para usahawan mengembangkan perniagaan
mereka menerusi talian. E-dagang menggunakan teknologi Internet sebagai
platform utama perkembangannya. Oleh itu pasarannya seharusnya dilihat dari
segi bilangan mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia sahaja bilangan
ahli yang berdaftar dengan JARING
ialah seramai 100,000 orang dengan 300,000 orang dijangka menggunakan Internet
pada tahun 1997. Jumlah ini tidak menunjukkan pasaran yang luas tetapi jika
dilihat kepada peningkatannya kepada 200,000 orang pada tahun 1998 dengan
600,000 pengguna ternyata e-dagang mempunyai pontensi besar untuk dikembangkan.
Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta pengguna yang berdaftar
dengan JARING dan TMnet.
Walaupun
bilangan pengguna Internet untuk dijadikan peluang pasaran bagi perniagaan
menerusi talian masih lagi secara perbandingannya kecil, namun ia meningkat
dengan begitu cepat sekali. Disamping itu kita perlu ingat bahawa perniagaan
menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang
dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia. Inilah
kelebihan pasaran bagi e-dagang. Usaha untuk membawa produk ke pasaran
antarabangsa bukan lagi terhad kepada organisasi besar malah termasuk
organisasi kecil dan sederhana dan orang perseorangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan