Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang

Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan e-dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities, Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya mereka.
Perkembangan yang pesat dalam IT telah mendorong beberapa firma korporat tempatan untuk membangunkan e-dagang. Ini dapat dilihat daripada usaha firma-firma ini mendirikan mendirikan tapak-tapak web yang menyokong platform e-dagang.  Antara pelopornya ialah Hitechniaga Sdn.Bhd. melalui kerjasama Microsoft Corp. telah membangunkan tapak web Mybiz. Tapak web ini dibangunkan khusus untuk syarikat bertaraf IKS (Industri Kecil dan Sederhana) mendirikan perniagaan di Internet. Selain itu syarikat Mytex Solutions Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang mencipta dan mempamerkan halaman web telah memperkenalkan pakej 'ringgit sehari' untuk perniagaan tempatan. Pakej ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja terutama daripada IKS untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka melalui laman web sendiri. Selain itu Kumpulan Renong juga telah melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan jangkapanjang yang amat menguntungkan ramai usahawan yang terlibat samada kecil mahupun besar. Di papan-papan utama BSKL juga menunjukkan potensi yang amat memberangsangkan terhadap apa yang dikenali sebagai 'saham teknologi' atau 'saham IT' atau 'saham internet'. Di samping organisasi korporat tempatan, firma/organisasi gergasi/bluechip asing ternyata turut berminat untuk mengembangkan e-dagang di Malaysia. Di Malaysia. Microsoft Corp. umpamanya sudah mengumumkan komitmen mereka untuk membantu pengusaha kecil agar dapat melibatkan diri dalam e-dagang. Syarikat ini telah pun mengadakan usaha sama dengan TMNet (lihat msn.com.my), GHL Technologies, Hitechniaga, Sunway Technologies dan Silicon Communication dalam membangunkan persekitaran e-dagang berasaskan pelantar teknologinya ( Lee Fong Yeaw, 2013 ).
Usaha kerajaan menerusi cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia dalam menggalakkan penyertaan industri tempatan dalam E-dagang memang tidak dapat dapat disangkal lagi. ni dapat dilihat daripada Pelan Utama E-Dagang Negara dan Rangka Kerja E-Dagang Negara yang diketengahkan semasa mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC di Cyberjaya yang melibatkan Microsoft, Lotus, Apple dll. Rangka kerja tersebut meliputi tiga prinsip panduan dan empat pendekatan yang strategik. Prinsipnya meliputi kerjasama pihak kerajaan, perniagaan dan komuniti, pengiktarafan ciri e-dagang tanpa semapadan dan penciptaan peluang untuk negara memperolehi manfaat daripada inisiatif tersebut.
Pendekatan strategik pula meliputi amanah dan keyakinan terhadap e-dagang, memperbaiki rangka kerja undang-undang dan peraturan,memperkukuhkan infrastruktur dan sokongan logistik untuk e-dagang, disamping mengoptimakan ekonomi dan faedah sosial. Pelan utama e-dagang negara pula terdiri daripada program dan projek khas yang meliputi tujuh kawasan untuk mencerna inovasi, meningkatkan akses pasaran, memacu pembangunan kreatif, perlindungan harta intelektual, pengedaran atau portal mengukuhkan identiti jenama dan antara muka perkhidmatan. .Inilah di antara intipati dalam rangka kerja dan pelan utama e-dagang negara yang diharapkan dapat menjana ke arah perkembangan e-dagang Di Malaysia. Usaha kerajaan ini tidak dapat di pandang remeh memandangkan rancangan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan sebelum ini telah mencapai kejayaan. Para pengusaha tempatan seharusnya tidak ragu-ragu lagi untuk turut terlibat dalam e-dagang berdasarkan peranan kerajaan yang begitu aktif untuk membangunkannya ( Berita Harian, 2013 ).
Selain itu, pelbagai skim atau geran yang telah disiapkan untuk penyelidikan dan pembangunan, bantuan usahawan (termasuk latihan dan pemindahan teknologi) oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan MSC. Projek MSC memberikan kesan yang kuat dalam pembangunan e-dagang. Melalui salah satu aplikasi utamanya iaitu pemasaran tanpa sempadan yang relevan dengan e-dagang. Pembukaan Bandar raya pintar iaitu Cyberjaya juga turut mempengaruhi perkembangan e-dagang. Masyarakat di bandar ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan dunia IT dan e-dagang di samping aplikasi-aplikasi utama serta pecahan  dan perinciannya yang lain.
E-dagang semakin meluas digunakan dalam kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an.  Malah, e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin diperluaskan  ke peringkat antarabangsa. Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan.

Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisi borang-borang kertas dan birokrasi. Hal ini mendorong perkembangan dan kemajuan e-dagang sendiri sebagai sebuah entiti perniagaan yang moden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan