Kosep
perniagaan e-dagang sebenarnya amat penting dalam memodenkan lagi dunia
perniagaan. Perniagaan ini mampu melahirkan jumlah usahawan dan seterusnya
menyemarakkan lagi dunia perniagaan. E-dagang dapat diklasifikasikan kepada dua
kategori kunci iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan di antara
perniagaan dengan pengguna. E-Dagang di antara perniagaan dan perniagaan
melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat. Biasanya ia melibatkan
di antara pembekal dan organisasi penjual dan pemasar. Contohnya sebuah kilang
pengeluar atau pencetak buku akan berurusan dengan sebuah gedung buku.
Jenis
E-Dagang yang kedua pula melibatkan penjual dengan pengguna akhir sesuatu
produk. Contohnya gedung buku menjual produknya kepada pengguna melalui
E-Dagang. E-Dagang merupakan satu bentuk perniagaan yang semakin berkembang di
seluruh dunia. Ini adalah disebabkan peningkatan yang ketara dalam Teknologi
Maklumat (IT) di mana ia bertindak sebagai penyokong utama e-dagang. Intelligent Quest's World Wide Online
Tracking Service, sebuah badan penyelidikan antarabangsa melaporkan bahawa
12% daripada pengguna Internet terlibat dalam e-dagang. Sementara itu, menurut Computer Intelligence pula sebanyak 2%
daripada 4.8 juta perniagaan berkomputer diseluruh dunia menggunakan e-dagang
untuk menjalankan semua atau sebahagian daripada transaksi perniagaan.
Ini
menunjukkan peningakatan yang amat ketara dalam masa beberapa tahun sahaja.
Perangkaan terkini menyatakan bahawa pengguna Internet telah meningkat kepada
200 juta melalui sambungan dail terus dan 17 juta pengguna melalui sambungan
tetap. Di Asia Pasifik termasuk Jepun penggunaan Internet telah meningkat
kepada anggaran 25 juta pada tahun 2000. Peningkatan ini adalah 150% berbanding
tahun 1997 sebanyak 10 juta pengguna. Kecenderungan trend menunjukkan
penggunaan ini berkait secara langsung dengan e-dagang. Dari segi pendapatan
pula, E-Dagang mencatat perolehan sebanyak US$31 juta di Amerika sahaja pada
tahun 1998. Jumlah ini dijangka meningkat kepada US$183 juta pada tahun 2003
iaitu peningkatan sebanyak 500%.
E-dagang
semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di
negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh
syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor
perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu
alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat
antarabangsa. Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah
e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat
yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang
berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat
dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah
mengisian borang-borang kertas dan birokrasi. Secara idealnya semua ini dapat
dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian
e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian
(incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang
tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh
teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil
TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan
sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar
maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga
dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan
sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet
Explorer dan lain-lain lagi.
Penggunaan
e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua
bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu
untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat
tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta
merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian
penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk
memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen. E-dagang sebenarnya
terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang
tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan
digital, wang digital, Electronic Funds
Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan